MAKE YOUR LIFE WORTH LIVING!
Thursday, February 11, 2016
KISAH BENAR 1
Pn.Jamilah (bukan nama sebenar), 40 tahun, mengalami
pendarahan haid yang luar biasa selama 2 bulan. Beliau bernasib baik, beliau telah
didiagnos menghidap kanser serviks (pangkal rahim)tahap 1.
Mengapa saya kata itu nasib baik?
Kerana ia merupakan kanser
peringkat awal & dengan rawatan rapi insyaAllah peratus kejayaannya adalah
tinggi.
Malangnya , atas sebab peribadi, beliau tidak setuju
menjalani rawatan tersebut.
Hampir setahun saya melihat kehidupannya hampir kembali ke
sediakala. Dia tersenyum apabila kami bersua
muka & kembali bekerja.
Namun, pabila temujanji di klinik, setiap kali saya memujuknya,
setiap kali itu juga dia teguh menyatakan pendiriannya untuk tidak meneruskan
rawatan kemo/radioterapi.
Satu hari beliau telah datang ke jabatan kecemasan kerana
sakit perut yang tiba-tiba & beliau disahkan telah mendapat “ recurrent
tumor”. Ini bermakna sel kanser yang berbaki telah merebak menyebabkan ususnya
bocor & pembedahan memperbaiki usus perlu dibuat serta-merta untuk
menyelamatkan nyawanya.
Maka bermulalah satu persatu episod kemerosotan kesihatan
beliau.
Hati saya pilu melihat jalan sengsara yang beliau pilih.
Sehingga kini saya dapat membayangkan situasi
di mana saya melihat beliau yang kritikal di jabatan kecemasan.
Badannya lemah, mukanya cengkung.
Cuma suara mengerang kedengaran.
Air matanya mengalir
memandang tepat pada mata saya seolah-olah ada sesuatu yang ingin beliau sampaikan.
Saya tunduk berdoa supaya Allah memudahkan laluan
kehidupannya.
Selang beberapa hari
selepas itu, arwah kembali ke RahmatuLLah menemui Pencipta Yang Esa. Semoga Allah
merahmatinya & menempatkannya di syurga..al-Fatihah..ameen
KISAH BENAR 2
Beliau
didiagnos menghidap kanser tiroid 20 tahun lepas, telah menjalani pembedahan dan lengkap rawatan
radioterapi.
Kini beliau hanya perlu
berjumpa doktor setahun sekali untuk pemeriksaan rutin.
Setahun lepas, suaminya yang tercinta kembali ke Rahmatullah
akibat kanser prostat. Sebelum pemergian
arwah suami Pn.Aminah, saya sempat mengenali serba sedikit mengenai pasangan romantik
ini.
Setiap kali melangkah bertemu saya di klinik, pasangan ini
akan berjalan berpimpinan tangan. Usai saya memeriksa Pn.Aminah, si arwah akan ajukan
satu persatu persoalan & teliti
mendengar penjelasan saya mengenai penyakit isterinya.
Puan Aminah tak banyak
berkata-kata.
Sesekali saya lihat mata
mereka bertentangan.
Ketika itu, saya
dapat merasakan di sebalik pandangan mereka tertumpah rasa sayang menyayangi,
saling cakna & hormat-menghormati antara satu sama lain.
Saya tertanya-tanya, berapa ramai pasangan yang akan romantik
pada usia senja seperti ini? Seronok bukan?ohh, Indahnya hidup dapat pasangan sebegini…
Kini, Puan Fatimah masih diberi kesihatan yang baik. Dulunya dia yang saya kenali tak
banyak berbicara, kini, banyak pula bercerita kisah hidupnya bersama arwah
tercinta. Mungkin rindu kepada arwah tak
pernah pudar di hatinya…..
Alhamdulillah, baru-baru ini beliau baru saja menunaikan
umrah. Katanya kerana teringatkan saya,
beliau hadiahkan saya, air zamzam & kurma.
Terima kasih atas ingatan makcik..
Jelas sekali, beliau gembira
dengan pilihan hidupnya untuk bebas dari kanser.
Anak-anak & cucu-cucunya masih dapat
pulang ke kampung menatap wajahnya.
Saudara-mara, sahabat handai, jiran tetangganya tak putus-putus
menziarahnya membuktikan hebat sekali wanita ini di mata kita.
Semoga makcik Aminah diberi kehidupan yang diberkati di
dunia & di akhirat..ameen.
Sungguh saya mengagumi makcik & beliau telah
izinkan kisah beliau dikongsi umum!
Rakan-rakan semua,
Kanser tak kenal siapa. Lihatlah pada orang-orang di
sekeliling kita.
Jika bukan anda, anda pasti ada kenalan yang
menghidap kanser.
Dianggarkan 8.2juta kematian di seluruh dunia kerana kanser . Malaysia pula, kanser merupakan sebab kelima tertinggi,
hampir 30% penyebab kematian.
Tanggal 4 Febuari setiap tahun, merupakan Hari Kanser Sedunia.
Kali ini temanya ialah WE CAN, I CAN! Ia merupakan kempen selama 3 tahun untuk
memberi impak kepada individu atau secara kolektif bagaimana kita semua boleh
mengurangkan beban penyakit kanser.
Mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Pepatah arab menyebut " Masa itu ibarat pedang, sekiranya kamu tak memotongnya, maka ia akan memotong kita.
Ayuh kita buktikan!
WE CAN I CAN! Apa tunggu lagi?
Info lanjut sila lawat http://www.worldcancerday.org/
0 comments