YOUR BABY, WE CARE
Monday, February 08, 2016
Minggu lepas merupakan minggu yang sibuk bagi saya.
Saya telah dilantik menjadi fasilitator untuk
Neonatal Resuscitation Programme(NRP) yang berlangsung selama tiga hari di
hospital kami.
Mesti korang tertanya-tanya apa itu NRP?
NRP ialah latihan resasitasi bayi yang memberi satu pendekatan professional kepada
pasukan yang terlibat semasa kelahiran bayi dan membantu mengikut keperluan
bayi.
Tahukah anda di sebalik kelahiran seorang bayi yang comel,
kami anggota kesihatan perlu bersedia dengan pelbagai kemungkinan.
Sekiranya bayi yang keluar menangis &
aktif, semua orang tarik nafas lega bersorak kegembiraan.
Jika sebaliknya? Jeng jeng jeng….
Pernah ke anda dengar bayi tak menangis selepas lahir?
Bayi tak bernafas dengan baik? Bayi biru selepas lahir?
Kelahiran yang perlu standby oleh pakar kanak-kanak?
Pasukan kerja inilah
yang akan terbentuk secara automatik bersedia membantu semasa kelahiran
bayi-bayi anda. Mereka dilatih menggunakan satu sistem yang standard dan
diselia oleh pegawai yang berkemahiran.
Faham ye? Untuk lebih faham, moh kita layan video ni..jangan
cuba di rumah ye..hehe
lihat pautan ini sekiranya video tidak dapat dipaparkan
Kira-kira 10% dari bayi yang lahir memerlukan bantuan
pernafasan selepas kelahiran. Namun, persediaan kami perlu 100% untuk setiap
masa. 1% daripada bayi tersebut pula perlukan bantuan pernafasan advance/ intubasi/ mesin pernafasan.
Kepada yang dianugerahkan anak yang sihat di saat pertama
kelahiran lagi, tahniah diucapkan. Bersyukurlah
atas Rahmat Allah yang tak terhingga. Cahaya
mata yang anda tunggu-tunggu telah berada di dakapan anda.
Kepada yang bayinya memerlukan bantuan, pulangkanlah segala
ketentuan kepada Allah. Komplikasi boleh berlaku bila-bila sahaja dalam proses
kelahiran & kami adalah anggota yang mengendalikan komplikasi tersebut. Dengan
izin Allah, insyaAllah bayi anda akan selamat ke pangkuan anda.
Untuk
seorang bayi keluar dari Rahim ibu, bukan saja memerlukan perjuangan dari bayi
& ibu. Yang lebih penting dari itu, adalah kasih sayang (Rahmah) dan belas
kasihan (Rahim) ALLAH.
Menyaksikan kelahiran saja telah membuktikan kebesaranNya,
apa lagi mengalami kelahiran itu sendiri! Allahu Akbar!
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu yang
kamu hendak dustakan? (surah arRahman:ayat 21)
0 comments